Kenaikan Penalti: Mampukah Mengekang Jenayah Alam Sekitar?

Cadangan kerajaan untuk meminda Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang akan dibawa ke Parlimen pada Mac 2012 jelas membuktikan kesungguhan dan keprihatinan kerajaan dalam mengekang jenayah alam sekitar di negara kita. Di bawah cadangan pindaan ini, kerajaan akan menaikkan penalti terhadap pelanggaran Seksyen 2 akta tersebut iaitu daripada RM100, 000 kepada RM500, 000. Melihat kepada…

Pengisytiharan Tahun Kelawar: Usaha Atasi Ancaman Kepupusan

Sebagai salah satu usaha menyelamatkan spesies kelawar yang kini terancam,  Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu Tentang Spesies Berhijrah (CMS) dan Perjanjian Kesepakatan Mengenai Pemulihan Populasi Kelawar Eropah (EUROBATS) serta Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia (WAZA) telah menamakan tahun 2011 dan 2012 sebagai tahun kelawar. Sempena tahun kelawar ini pelbagai kempen telah dilaksanakan bagi memberi dan menyuntik kesedaran…

Persediaan Hadapi Krisis Tenaga

“Negara mungkin akan berhadapan dengan krisis tenaga dalam tempoh kurang 10 tahun lagi.” Itulah antara intipati akhbar Berita Harian pada minggu lepas. Kenyataan tersebut bukanlah suatu omongan kosong. Tetapi, ia merupakan hakikat yang mungkin bakal kita hadapi jika terus bergantung sepenuhnya kepada sumber bahan api fosil seperti arang batu, gas dan petroleum sahaja bagi menjana…

Eko-Inovasi: Pemacu Kelestarian Alam Sekitar

Pengisytiharan tahun 2010 sebagai Tahun Inovasi Malaysia dilihat satu permulaan yang baik bagi menggerakkan usaha-usaha yang seterusnya ke arah penyuburan budaya inovasi di kalangan masyarakat. Antara salah satu usaha yang cukup penting ialah langkah awal kerajaan dengan memperkenal dan mempergiatkan lagi penerokaan eko-inovasi bagi membela nasib alam sekitar yang kian bercelaru pada hari ini. Ia…

Atasi Ancaman Kepupusan Terumbu Karang

Laporan akhbar berhubung fenomena pelunturan terumbu karang di perairan Teluk Sepanggar, Sabah pada penghujung bulan lepas pastinya menggusarkan kita. Ini memandangkan ekosistem tersebut begitu penting dalam memastikan kelangsungan bekalan sumber makanan yang berterusan kepada penduduk di seluruh dunia. Sumbangan ekosistem marin tidak dapat kita nafikan memandangkan sejak bermulanya kehidupan manusia di atas muka bumi ini,…

Lombong Pasir Dikhuatiri Jejas Alam Sekitar

Demam Piala Dunia baru sahaja berakhir. Kini, isu korek pasir pula hangat diperkatakan. Isu tersebut begitu cepat meraih perhatian umum sejak kebelakangan ini memandangkan ia melibatkan kelangsungan masa depan alam sekitar dan juga penghuni di dalamnya. Kegiatan melombong pasir yang sedang giat dijalankan kira-kira 50 meter daripada taman rekreasi Paya Indah Wetlands begitu menggusarkan hati…

Hari Alam Sekitar Sedunia Sebagai Pemacu Kesedaran

Allah SWT telah berfirman di dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud: “…sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Ayat tersebut jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha…