MEMAHAMI SAINS DAN TEKNOLOGI

Dalam zaman ini, ketika dunia dibangunkan dengan begitu pesat melalui sains dan teknologi, maka keperluan umat Islam kepada ilmu ini tentulah tidak wajar dipersoalkan lagi. Perdana Menteri dalam ucapannya di Majlis Makan Malam bagi melancarkan Langkawi International Islamic Science and Technology Exhibition and Conference (LISTEC ’98) pada 13 Julai 1998 lalu menegaskan bahawa terdapat kalangan…

DRAMA DAN PEMBINAAN MINDA

Ketika membicarakan tajuk globalisasi dan media, khususnya media elektronik, dalam program perbincangan TV Malaysia baru-baru ini, saya memfokuskan perbincangan saya antara lainnya kepada satu perkara sahaja, iaitu dalam mengimbangi di antara matlamat media elektronik untuk menghibur, memberi maklumat dan mendidik para penonton, maka isu pembangunan pemikiran dan pencanaian minda haruslah dijadikan agenda utama dalam era…

PERMAINAN BERNAMA KONTRA VERSI

Isu-isu kontraversi amat menarik perhatian ramai untuk dibicarakan dan diberi perhatian. Kadang-kadang isu kontraversi lebih menarik minat orang membicarakannya daripada isu-isu sebenar dan utama dalam sesebuah masyarakat itu. Sebab itulah isu yang dibangkitkan baru-baru ini tentang kronisme dan hepotisme amat menarik minat dan perhatian orang ramai, termasuk orang-orang yang hanya pandai menyebutnya. Tetapi tidak mengetahui…

SELESAIKAN MASALAH CARA KITA SENDIRI

Ketika menghadiri satu sesi program konvensyen Belia Negara – Menangani Masalah Ekonomi Negara – Antara Pengajaran dan Ujian, pertengahan bulan Mei yang lalu, seorang wakil belia bangun menyatakan pandangannya bahawa kita semua patut sujud syukur di atas kegawatan ekonomi yang melanda negara sekarang ini. Kenyataannya begitu spontan dan menimbulkan banyak tanda tanya yang menghairankan. Bagaimana…

ALAM SEKITAR DAN PENDIDIKAN

Program Pelancaran Buku-Buku Alam Sekitar dan Projek Wira Alam yang dianjurkan oleh Jabatan Alam Sekitar dengan didokong bersama oleh IKIM sempena Hari Alam Sekitar seluruh dunia pada 5 Jun, 1998 yang lalu sungguh mengenai sasarannya, iaitu melihat alam sekitar sebagai kurniaan Tuhan yang harus dipelihara dan dijaga. Program itu juga berjaya mengenai golongan sasarannya iaitu…

KENAPA MULTIMEDIA?

Sungguhpun jawapan kepada persoalan apa dia dan kenapa umat manusia harus menggunakan multimedia pada masa kini, sudah terjawab dengan cara yang agak komprehensif dan mendalam di kalangan masyarakat negara-negara maju dan negara-negara yang kukuh prasarana sains teknologi dan ilmu pengetahuannya, namun bagi kita di Malaysia, khususnya di kalangan umat Islam, mungkin persoalan ini tidak banyak…

MEMBANGUN NILAI-NILAI BERSAMA

Kenyataan Tan Sri Alfred Jabu ketika merasmikan satu seminar yang disiarkan oleh akhbar tempatan pada 18 Mei 1998 tentang beberapa adat buruk di kalangan masyarakat Dayak rumah panjang di Sarawak amat menarik perhatian saya, dan saya percaya ianya juga menarik minat para pengkaji masyarakat di negara kita. Adat buruk yang diketengahkan oleh beliau ialah minuman…

BERAPA LAMA DEPAN TV

Ketika saya menulis di ruangan ini minggu lalu tentang berapa lama masa yang dihabiskan di depan TV, sebenarnya Menteri Penerangan telah juga mengumumkan bahawa TV Malaysia akan memendekkan masa siarannya dengan melewatkan permulaan siaran dan mempercepatkan masa penutupnya. Sungguhpun alasannya agak berbeza iaitu dari pihak TV Kerajaan alasannya ialah untuk menjimatkan perbelanjaan dalam kegawatan ekonomi…

HIJRAH DAN PERUBAHAN

Hari ini telah empat hari kita memasuki tahun baru hijrah 1419. Bagi orang Islam, saya rasa amat wajar sekali sekiranya ketibaan tahun baru hijrah dapat dijadikan satu titik permulaan bagi satu fasa hidup baru, azam baru atau agenda baru terhadap diri sendiri, keluarga atau masyarakat. Saya hanya ingin mencadangkan satu perkara sahaja kepada ibu bapa…

MEMBANGUN TAMADUN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Kemajuan teknologi maklumat dalam era baru sesungguhnya merupakan satu punca ilmu pengetahuan yang sungguh mengkagumkan pemah dicapai oleh akal fikiran manusia yang dikumiakan Allah S.W.T. selama ini. Penggunaan komputer untuk mencari kepelbagaian ilmu pengetahuan dengan cepat dan menyeluruh dalam internet merupakan satu keistimewaan manusia pada hari ini. Bagi orang Islam yang beriman dengan kekuasaan Allah…