Peliharalah Aib Orang

Sebagai orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana kita dipandu oleh al-Quran dan sunnah dalam menentukan tingkahlaku kita dalam menjalani kehidupan ini. Andaikan kita ini pengembara, pastinya kita bersyukur jika sepanjang perjalanan itu kita dibekalkan dengan kompas sebagai penunjuk arah. Kita sepatutnya lebih bersyukur lagi kerana tidak semua pengemabara dibekalkan dengan penunjuk arah ini. Berbeza dengan…

Pendidikan seks di Amerika Syarikat (AS) gagal?

Baru-baru ini dilaporkan bahawa penyakit kelamin makin berleluasa di AS. Data yang ada menunjukkan bahawa jumlah kes chlamydia dan gonorea bertambah berbanding tahun sebelumnya. Begitu juga, gadis di usia 15 – 19 tahun mendapat jangkitan chlamydia tertinggi berbanding kumpulan usia yang lain. Nampaknya, pendekatan mereka dalam pencegahan penyakit ini yang menekankan kepada seks yang selamat,…

Apakah Yang Anda Lakukan Untuk Sekolah Anak Anda?

Ketika Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa sering bertanya mengenai apakah yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk perkembangan minda dan sahsiah anak-anak mereka.Namun, pernahkah para ibu bapa bertanya apa pula sumbangan kita kepada sekolah anak-anak kita itu? Dua bulan lalu, Datin Seri Rosmah Mansor menyarankan agar kita mencontohi masyarakat…

Kemahiran Pengurusan Kewangan Penting Untuk Elak Hutang

Baru-baru ini dilaporkan bahawa begitu ramai penjawat awam yang berhutang untuk membeli rumah dan kenderaan. Penulis pasti ini bukan masalah para penjawat awam sahaja. Adalah lazim untuk kita berhutang bagi membeli kedua-dua harta ini kerana harganya yang tinggi. Malah, berhutang untuk memiliki rumah dan kenderaan dianggap wajar kerana kedua-duanya merupakan keperluan dalam hidup kita berdasarkan…

Pendidikan Seks? Mengapa Tidak?

Apa sikap anda terhadap pendidikan seks?  Apakah anda menganggapnya sebagai sesuatu yang lucah maka ia tidak perlu disebut langsung apatah lagi direncanakan?  Atau anda merasakan ia sebagai satu keperluan apatah lagi dalam keadaan masyarakat hari ini? Sebagai ibu atau bapa, adakah anda merasakan anak-anak anda, khususnya remaja, perlu diberi pendidikan seks?  Jika perlu, siapakah agaknya yang patut memberikan…

Siapa Menjaga Anak-Anak Anda?

Penulis berhasrat untuk memulakan makalah ini dengan satu soalan yang khusus ditujukan kepada suami-isteri bekerja serta memiliki anak kecil, “Siapakah yang menjaga anak-anak anda ketika anda keluar bekerja?”Lazimnya, suami-isteri yang bekerja akan memilih salah satu daripada bentuk penjagaan anak yang berikut: (i) pusat jagaan yang berhampiran dengan rumah atau pejabat; (ii) pengasuh yang terdiri dari…

Pemaju Perumahan Perlu Jujur Dan Berakhlak

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Di antara kebahagiaan hidup seseorang itu ialah mempunyai isteri yang baik, kediaman yang baik dan kenderaan yang baik” (Riwayat Imam Ahmad).  Maka, memiliki kesemua ini menjadi idaman setiap ketua keluarga. Pasangan suami-isteri yang berkahwin akan berusaha untuk memiliki kediaman sendiri mengikut kemampuan masing-masing.  Rumah kos rendah, menengah atau mewah,…

Teater Islami: Kalau Bukan Kita Yang Sokong, Siapa?

Bermula 9 Mac ini, Sirah Junjungan (SJ) akan sekali lagi dipentaskan di Istana Budaya, sempena sambutan Maulidur Rasul.  Semoga pementasan kedua ini mendapat sambutan yang lebih memberansangkan. Penulis masih ingat bagaimana pada tahun lalu, ketika menonton teater ini pada malam hari sambutan itu, Panggung Sari tidak penuh.  Bilangan penonton, jika dibandingkan dengan pementasan Puteri Gunung Ledang (PGL)…

Rezeki Ada Di Mana-Mana

Dalam keadaan kegawatan ekonomi ini, ramai yang dibuang kerja. Perangkaan terkini menunjukkan sehingga 29 Jan 2009, seramai 10,000 orang telah diberhentikan. Jumlah ini adalah jauh lebih tinggi dari apa yang dijangkakan pada awalnya di mana ada laporan mengatakan lebih kurang 4,000 orang akan dibuang kerja untuk tiga bulan pertama 2009. Walaupun ada usaha di pihak…