Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Bengkel “Islam dan Amalan Penyelidikan Beretika” pada 6-7 November 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM.

Bengkel ini menyentuh perkara-perkara berkaitan etika penyelidikan yang berikut bagi memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai amalan penyelidikan yang beretika iaitu i) Perspektif Islam mengenai kepentingan amalan penyelidikan beretika, ii) Ekosistem dan pihak berkepentingan dalam penyelidikan, iii) Pelanggaran etika penyelidikan, iv) Etika pengurusan data penyelidikan, v) Etika penerbitan dan penulisan hasil penyelidikan dan vi) Pembudayaan amalan penyelidikan beretika.

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh, Felow Kanan/Pengarah Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM.

En. Muhammad Husni Mohd Amin, Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar IKIM.