Demi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Bengkel Kembara Syifa’ Memahami Dan Menangani Masalah Kesihatan Mental pada 15 November 2018 bertempat di Dewan Besar.
IKIMfm dikenali sebagai medium menyebarkan Kefahaman Islam menerusi program-program yang bermanfaat dan menghiburkan. IKIMfm mempunyai ramai pendengar setia yang mengikuti setiap perkongsian yang disajikan termasuklah program Kembara Syifa’.
Sebagai respon kepada isu kesihatan mental yang kian meningkat di Malaysia. Program Kembara Syifa’ telah diterbitkan sejak awal tahun 2018. Program ini telah mendapat banyak sambutan positif terhadap tajuk-tajuk yang dibawakan berkenaan kesihatan mental.
Antara objektif bengkel ini diadakan adalah untuk mendidik masyarakat agar lebih prihatin dan celik terhadap isu kesihatan mental yang semakin meluas dalam usaha memelihara modal insane berkualiti untuk masa depan Negara; dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia dan mengurangkan stigma sosial: berkaitan masalah kesihatan mental.

Sesi Forum, duduk dari kiri Ustaz Noor Darus, Pengamal Perubatan Islam, Hajjah Mazlina Ismail, Penerbit IKIMfm (moderator), Pn. Anita Abu Bakar, Presiden, Mental IIIness Awareness and Support Association (MIASA) dan Dr. Hazli Zakaria, Pakar Psikiatri, HUKM