IKIM telahpun menganjurkan Bengkel “Pengurusan Kewangan Islam : Bersara, Berjaya & Berharta” pada 14 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM.
Mengambil kira faktor kenaikan kos sara hidup, peningkatan kos rawatan perubatan dan simpanan untuk persaraan yang terhad (70% pencarum KWSP menghabiskan simpanan kurang daripada 10 tahun), justeru bengkel ini dijalankan untuk memberi kesedaran terhadap keperluan simpanan persaraan. Para peserta juga berpeluang untuk membangunkan pelan persaraan yang sesuai dengan falsafah dan gaya hidup Islam.
Antara objektif utama program ini adalah untuk:
- Memahami aspek persaraan menurut falsafah Islam;
- Menganalisa pilihan persaraan patuh-Syariah sedia ada, dan
- Menyediakan pelan kewangan bagi persaraan individu/keluarga berdasarkan tuntuan Maqasid Al-Syariah.

