Satu bengkel yang memfokuskan pada golongan belia telah diadakan dengan kerjasama Sekretariat Malaysia Prihatin (SMP) dan Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 2 – 4 Ogos 2019 di Asia Camp, Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor.

Bengkel ini merupakan salah satu program IKIM dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat terutamanya belia dan diharapkan agar program seumpama ini menjadi titik permulaan kepada benteng penghalang serta ketahanan dari dalam diri remaja terhadap ancaman yang mengganggu gugat akhlak dan sahsiah remaja insani.
Objektif program ini adalah untuk (i) meningkatkan kemahiran pengurusan diri; (ii) membentuk fahaman tentang kepentingan jati diri dan akhlak kerohanian serta (iii) menginsafi peranan dan tanggungjawab sebagai anak yang soleh.
