ANUGERAH

Dokumentari terbitan tvIKIM berjudul “Ibrah from Disaster” memperolehi “Special Merit Award” sempena The 10th International Kuala Lumpur Eco Film Fest (KLEFF 2017).  Pn. Nor Haffizah Razak, Penerbit Rancangan TV, tvIKIM menerima penghargaan tersebut pada 27 Oktober di Black Box, Publika Solaris, Dutamas, Kuala Lumpur.

IKIM di BERNAMA

Dr. Shaikh Mohd Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh sebagai tetamu jemputan Ecoknights berkongsi pengisian dokumentari terbitan tvIKIM berjudul “Ibrah from Disaster” yang tercalon dalam The 10th International Kuala Lumpur Eco Film Fest (KLEFF) dalam Slot “Nine 11” di Bernama News Channel pada 19 Oktober.

Muzakarah Pakar Kesihatan Mental : Perspektif Islam & Neuropsikiatri

Pada 17 Oktober, IKIM dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Neurosains (P3Neruro) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Muzakarah Pakar Kesihatan Mental : Perspektif Islam & Neuropsikiatri. Muzakarah ini diadakan dengan tujuan untuk melihat isu-isu dan cabaran dalam kesihatan mental dan kaitannya dengan Islam yang mana agama dan sains (neurosains/psikiatri) perlu diintegrasi dalam isu perawatan…

Muzakarah Pakar Pengukuhan Institusi Kekeluargaan Berlandaskan Maqasid Al-Shariah

IKIM telah mengadakan muzakarah dengan bermatlamatkan untuk memberi kefahaman tentang kepentingan pengukuhan institusi keluarga, mengenal pasti masalah-masalah kritikal yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam di Malaysia dari perspektif perundangan, sosiologi, psikologi dan ekonomi serta mencari jalan penyelesaiannya pada 11 Oktober.  Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah IKIM &…

SIRI PROGRAM IMARAH RAMADAN 1438H

Pada tahun ini, IKIM di bawah penyelarasan IKIMfm dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) telah menganjurkan Program Immarah Ramadan. Satu majlis pelancaran program “Imarah Ramadan 1438H” telah diadakan pada 23 Mei di IKIM dan sumbangan pertama diagihkan kepada pemandu teksi di sekitar Lembah Klang pada majlis tersebut. Tujuan program ini ialah untuk meringankan beban golongan…