Pada tahun ini, IKIM di bawah penyelarasan IKIMfm dengan kerjasama Islamic Aid Malaysia (IAM) telah menganjurkan Program Immarah Ramadan. Satu majlis pelancaran program “Imarah Ramadan 1438H” telah diadakan pada 23 Mei di IKIM dan sumbangan pertama diagihkan kepada pemandu teksi di sekitar Lembah Klang pada majlis tersebut.
Tujuan program ini ialah untuk meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan iaitu golongan fakir miskin, anak yatim miskin, orang kurang upaya (OKU) miskin, warga nelayan miskin dan ibu tunggal miskin di dalam menunaikan ibadah puasa di sepanjang bulan Ramadan. Program Imarah Ramada pada kali ini turut diadakan di beberapa daerah di negeri-negeri terpilih. Antaranya di Maahad Islahiyah Al Islamiyah Maatahfizul Quran, Meru, Klang, Kg. Gajah Putih, Sik, Kedah, Kg. Permatang Pelanduk, Teluk Intan, Perak dan di Kg. Gelang Patah, Johor.

Pemandu teksi yang menerima pek sumbangan Imarah Ramadan

Ketua Pengarah IKIM ketika sidang media

Turut bersama dalam sidang media tersebut ialah En. Zawahir Abdullah, Presiden Islamic Aid Malaysia

Ketua Pengarah melekatkan stiker Imarah Ramadan di salah sebuah teksi.

Pemandu teksi turut memberikan sokongan terhadap program Imarah Ramadan