Pada 17 Oktober, IKIM dengan kerjasama Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Neurosains (P3Neruro) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Muzakarah Pakar Kesihatan Mental : Perspektif Islam & Neuropsikiatri. Muzakarah ini diadakan dengan tujuan untuk melihat isu-isu dan cabaran dalam kesihatan mental dan kaitannya dengan Islam yang mana agama dan sains (neurosains/psikiatri) perlu diintegrasi dalam isu perawatan dan pencegahan penyakit mental.berasaskan ilmu perubatan semasa dan pandangan Islam serta mencari kesepakatan kefahaman khususnya yang berkait dengan neuropsikopatologi. Para pembentang terdiri daripada pakar dalam bidang psikiatri dan psikologi serta agama. Majlis perasmian muzakarah ini telah disempurnakan oleh Dr. Norashikin Ibrahim daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Bersempena muzakarah ini juga, satu majlis pelancaran buku baharu IKIM telah disempurnakan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM. Dua buah judul buku tersebut ialah “Hidup dan Mati: Perspektif Islam dan Neurosains” dan “Arahan Perubatan Awal: Perspektif Bioetika Islam”.

Majlis dirasmikan oleh Dr. Norashikin Ibrahim daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang mewakili Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Duduk dari kiri : Prof. Madya Dr. Zahiruddin Othman, Jabatan Psikiatri,USM, Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Asrenee Ab Razak, Ketua Jabatan Psikiatri, USM, Kubang Kerian, Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM (moderator), Dr. Zul Azlin Razali, Pakar Psikiatri, USIM.

Duduk dari kiri Dr. Ahmad Nabil Md Rosli, Jabatan Psikiatri, Kuliyyah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Wan Suhaimi Wan Abdullah, Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains & Peradaban (CASIS), UTM (moderator), Md Asham Ahmad, Felow Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik

Majlis pelancaran buku oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin

Para perserta muzakarah pakar Kesihatan Mental : Perspektif Islam & Neuropsikiatri