IKIM telah mengadakan muzakarah dengan bermatlamatkan untuk memberi kefahaman tentang kepentingan pengukuhan institusi keluarga, mengenal pasti masalah-masalah kritikal yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam di Malaysia dari perspektif perundangan, sosiologi, psikologi dan ekonomi serta mencari jalan penyelesaiannya pada 11 Oktober. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, Ahli Lembaga Pengarah IKIM & Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara.
Dua buah laporan kajian iaitu “Kajian Pengharmonian Undang-undang: Undang-undang Bertulis” dan “Tekanan Mental dalam Konflik Perkahwinan: Cadangan Penyelesaian Alternatif di Bawah Tuntutan Fasakh” telah diserahkan kepada Tan Sri Sheikh Ghazali di akhir muzakarah ini. Kedua-dua laporan tersebut telah disediakan oleh para penyelidik IKIM sendiri.

Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman

Sesi penyerahan Laporan Kajian Harmonisasi Undang-Undang : Undang-Undang Bertulis. kepada Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman.

Suasana semasa muzakarah berlangsung

Barisan ahli panel. Duduk dari kiri : Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Haji Abdul Majid, Pn. Siti Shamsiah Md Supi, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Pn. Enizahura Abdul Aziz (Moderator), Prof. Dr. Abdul Rahim Rahman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)