PERUTUSAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443 HIJRAH YABHG. PROF. EMERITUS TAN SRI DR. MOHD KAMAL HASSAN, PENGERUSI INSTITUT KEFAHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)
Assalamu ‘alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd. Alhamdulillah, marilah kita menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan hidayah dan keizinan-Nya jua, pada tahun ini kita dapat menyempurnakan ibadah puasa dan meraikan Aidilfitri yang mulia dalam suasana harmoni dan sejahtera dalam fasa peralihan ke endemik bagi…