Kebanyakan organisasi yang berjaya di seluruh dunia mempunyai satu set nilai-nilai yang di amalkan oleh warga kerjanya. Nilai-nilai ini mampu membentuk budaya kerja kakitangan untuk memacu sesuatu organisasi tadi mencapai matlamat penubuhannya.
2. Syarikat
Amazon.com
menggunapakai
14 nilai
kerja bagi membentuk
budaya kerja di organisasi berkenaan,
iaitu nilai ownership, invent and simplify,
learn and be curious, hire and develop the best, insist on
the highest standard,
think big, bias for action dan lain-
lain. Syarikat Amazon.com kini mempunyai lebih 150
juta pelanggan
di
seluruh dunia bagi perkhidmatan-
perkhidmatan yang disediakannya.
3. IKIM memperkenalkan enam nilai bersama untuk diamalkan oleh kakitangannya, iaitu ILMU, HIKMAH, ADAB, AMANAH, ADIL, TAQWA dan BENAR.
4. Nilai pertama ialah ilmu. Abu Bakar Al-Siddiq (573-630) menyatakan:- Knowledge is The Life of The Mind. Agama Islam meletakkan orang yang berilmu itu pada satu tahap yang tinggi. Ilmu jugalah yang menjadi salah satu asas utama yang membezakan keupayaan manusia di antara satu sama lain. Firman Allah Subhanahuwata’ala di dalam surah al-Mujadalah, ayat ke-11 yang bermaksud: “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah bersabda yang bermaksud : “Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam.”
5. Machine learning menerusi telefon pintar, kereta
autonomous, peta navigasi,
aplikasi-aplikasi kewangan,
e-dagang, sistem keselamatan dan sebagainya adalah contoh-contoh bagaimana kepintaran buatan menjadi
sebahagian
unsur penting
dalam
hidup kita. True
learning means that one continues to read and study, increasing one’s learning day by day. We should also be mindful of the saying that “knowledge is power you can exercise only over people who know less – not over people who know more.
6. Di dalam al-Quran perkataan hikmah disebut sebanyak 20 kali. Firman Allah Subhanahuwataa’la
dalam surah al-Baqarah ayat ke 269 yang bermaksud: Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Quran dan As Sunnah) kepada siapa
yang dikehendaki-Nya. Dan barangsiapa yang dianugerahi hikmah, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang
berakallah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman
Allah). (Al-Quran 2:269). Kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam meminta setiap wakil kabilah memegang kain yang diletak hajarul aswad dan kemudian Baginda
mengambil batu tadi untuk diletakkan di tempat asalnya
telah berjaya mengelak berlaku pertumpahan darah dalam kalangan pemimpin-pemimpin quraisy ketika itu. Nasreddin Hodja, born in 1208 was a scholar and a learned person. He was Turkish. Once someone asked Hodja: “How can one obtain wisdom? Hodja replied :-
Always listen attentively to what the wise and learned man tell you. And if you are speaking to others, listen carefully to what you are saying!
7. Adab adalah mengenai penghayatan sifat-sifat mahmudah, dan menghidari sifat-sifat jelik dalam kehidupan. Dewasa ini kita berhadapan dengan segala macam karenah dan musibah yang berpunca daripada kelunturan penghayatan akhlak yang mulia di kalangan beberapa anggota masyarakat. Daripada soal kerenah birokrasi hinggalah kepada masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa, semua ini adalah berpunca daripada tahap penghayatan serta pengamalan kepada akhlak Islamiah yang dibawa oleh nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wassalam.
8. Peranan adab dan akhlak perlu dilihat sebagai satu perkara yang penting oleh pihak pengurusan. Bagaimanapun, sebelum ketua-ketua menyuruh warga kerja berakhlak mulia, mereka seharusnya menunjukkan contoh-contoh adab dan budi pekerti mulia di dalam diri masing-masing. Yang dikatakan pemimpin ialah:
yang berdiri dalam budi
yang tegak dalam syarak
yang duduk dalam kusyuk yang melihat dengan adat
yang mendengar dengan tunjuk ajar yang berkata dengan ilmu
yang berjalan dengan iman
yang melangkah dengan petuah
Ini menunjukkan bahawa ketinggian ilmu sahaja tidak memadai untuk menjadi pemimpin organisasi atau negara. Imam al-Syaukani dalam syairnya ada menyatakan bahawa:
“Sesungguhnya sesuatu bangsa itu bergantung kepada akhlak. Apabila rosak akhlak maka rosaklah bangsa itu.”
9. Amanah merupakan satu nilai mulia yang merujuk kepada perihal seseorang yang menjaga dengan sebaik mungkin sesuatu tanggungjawab yang diberikan, sama ada amanah tadi berupa tugasan, kerja, menjaga harta benda, menyimpan rahsia atau sebagainya. Amanah dari segi bahasa bererti percaya. Orang yang bersifat amanah pula di rujuk sebagai ‘amin’ di mana dia ini adalah adalah orang yang dipercayai oleh masyarakat. Kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang beramanah
sebagai seorang negarawan, pemimpin dan pekerja bagi negara wajar dijadikan tauladan kepada semua pekerja. Beliau sangat berwaspada dengan harta negara. Diceritakan bahawa Umar Abdul Aziz menggunakan lampu yang berbeza ketika menguruskan urusan negara dengan urusan peribadi.
10. Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” [Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim]. Memetik pula pakar falsafah barat: “The real problem is in the hearts and minds of men. It si easier to denature plutonium than to denature the evil spirit of man. There are only three things necessary to success: first, normal intelligence; second, determination, and third, absolute honesty. One cannot be a little dishonest or five percent dishonest. It’s all the way or nothing”.
11. Dari segi istilah adil bermaksud memberi atau menunaikan hak kepada empunya hak tadi. Ia juga dimengertikan sebagai meletakkan sesuatu itu pada tempatnya yang sebenar. Sifat adil atau keadilan disebut sebanyak 27 kali dalam al-Quran. Dalam salah satu ayat,
al-Quran menekankan agar insan beriman tidak terpengaruh oleh kebencian terhadap sesuatu pihak sehingga mereka terdorong untuk berlaku tidak adil atau menzalimi seseorang atau sesuatu pihak. Perkara ini ditegaskan dalam ayat yang berikut:
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Surah al-Ma’idah (5): 8)
12. Ayat ini secara jelas menyuruh manusia berlaku adil dalam semua perkara dan dalam apa jua keadaan hatta terhadap musuh atau orang yang kita benci.
13. Perkataan taqwa bermaksud menjaga atau melindungi sesuatu daripada bahaya atau apa-apa yang boleh memudaratkan.
Di dalam al-Quran terdapat 252 perkataan
“waqa” dan perkataan-perkataan yang terbit
daripadanya. Al-Jurjani mentakrifkannya sebagai usaha menjaga dan berlindung diri daripada seksaan Allah Subhanahuwata’ala dengan mentaati perintah-Nya, sama ada perintah tadi menyuruh kita melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu. Firman Allah Subhanahuwata’ala di dalam surah al-Hujurat ayat ke-13 yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Sifat taqwa akan melahirkan insan yang sentiasa berusaha untuk memastikan dirinya dan pengikutnya menuju kepada kehidupan yang diredhai Allah Subhanahuwata’ala. Sifat taqwa ini akan menjadi benteng bagi seseorang itu dari melakukan kemungkaran seperti rasuah, pecah amanah dan penipuan serta menghalangnya dari melalukan kezaliman kepada orang lain.
14. Sifat benar disebut lebih 10 kali dalam al-Quran. Antara ayat yang menyebut tentang sifat benar termasuklah:
“Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid) dan antara mereka ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun. (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang yang benar disebabkan kebenaran mereka dan menyeksa orang yang munafik jika Dia kehendaki atau Dia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ahzab (33): 23-24)
Albert Einstein pernah berkata: “Whoever is careless with truth in small matters cannot be trusted in important matters”.
15. Saya
akhiri
dengan menyampaikan
apa
yang
dikatakan oleh Khulafa’ Ar-Rashidin: “Abu Bakr, upon
succeeded
as the first caliph, gave a speech on good
governance
in which he noted a few crucial characteristics.
He said “I have been given authority
over you although I am not the best of you. If I do well,
help me and if I do wrong, set me right. Loyalty is to tell the truth to a leader; treason is to hide it. The weak
among you will be powerful
in my
eyes until I get the
right from him. If people do not follow in the way of
Allah, He will disgrace them. Obey me as long as I obey Allah and his Prophet, and if I disobey them, you owe me
no disobedience.”