PERUTUSAN KHAS
YBHG. PROF. DATO’ DR. MUHAMMAD NUR BIN MANUTY
PENGERUSI IKIM
SEMPENA
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1445H/ 2024


Dan Salam Aidilfitri
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd.
Hari ini 1 syawal, menandakan permulaan sambutan Aidilfitri buat rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam seluruh dunia.
Kata Selamat dalam ucapan Selamat Hari Raya adalah seruan kedamaian dan kasih sayang dalam kalangan ummah.
Dalam merealisasi Malaysia MADANI, Aidilfitri adalah kesempatan membugar budaya ihsan dan hormat. Ini boleh dizahirkan melalui budaya bermaafan dan kunjung mengunjung tanpa mengira perbezaan etnik, budaya dan politik.
Semangat kemaafan dan kegembiraan wajar dikongsikan bersama segenap masyarakat Malaysia Madani dalam membina negara yang sejahtera, aman dan makmur.
Dalam keriangan kita, wajar kita terus mengingati nasib masyarakat Islam yang menyambut Aidilfitri dalam kancah peperangan, ketidakstabilan negara dan juga yang sedang berhadapan dengan krisis pelarian.
Marilah kita bersama-sama bersolidariti dan mendoakan kemenangan buat umat Islam dalam jihad melawan penindasan dan kezaliman.
Semoga Madrasah Ramadhan menjadikan kita sebagai hamba Allah yang Rabbani dan diberi kekuatan untuk meneruskan amal ibadah yang dilakukan pada bulan-bulan seterusnya.
Buat seluruh warga IKIM, saya ucapkan Selamat Raya Aidilfitri al-Mubarak, Minal aidin wal faizin, Kullu Am Wa Antum Bill Khayr. Maaf Zahir dan Batin.