Pendahuluan
Pembuatan atau manufacturing ialah satu proses untuk menghasilkan sesuatu produk serta memberi nilai tambah kepada produk tersebut. Proses ini akan yang melibatkan konsep 4M iaitu Man, Machine, Material and Method.
Sebagai contoh pembuatan produk-produk berasaskan plastik yang dikenali sebagai plastic manufacturing. Ianya bermula daripada bahan mentah dan akhirnya dapat menghasilkan berbagai-bagai jenis produk yang berasaskan plastik. Penghasilan ini akan bergantung kepada konsep 4M itu tadi iaitu (a) jenis bahan mentah yang digunakan, (b) mesin yang digunakan, (c) teknik-teknik yang digunapakai serta (d) pekerja yang mengendalikan proses pembuatan tersebut (kemahiran).
Begitu juga produk-produk yang terdapat pada industri kampung. Sebagai contoh pembuatan kuih bahulu. Ianya dapat didefinasikan juga sebagai pembuatan kerana ianya melibatkan konsep 4M iaitu bahan mentah, mesin atau alatan yang digunakan, pekerja yang terlibat dalam proses pembuatan tersebut, teknik-teknik tertentu yang diguna pakai.
Bagi menjamin kualiti sesuatu produk pembuatan ini terutama yang melibatkan pasaran dalam dan luar negara maka satu standard atau piawaian yang telah ditetapkan mesti dipatuhi. Berbagai-bagai nama piawaian yang diperkenalkan/digunakan. Sebagai contoh MS (Malaysian Standard), JIS (Japanese International Standard), BS (British Standard), ASTM (American Standard Testing Method) serta banyak lagi. Ke semua produk-produk itu tadi akan diuji berdasarkan piawaian-piawaian tersebut.
Banyak ujian-ujian yang terlibat di dalam piawaian seperti Heat Reversion Test, Tensile Test, Elongation Test, Aceton Test dan lain-lain lagi. Piawaian ini fokus kepada produk semata-mata dan ianya tidak ada kaitan dengan sistem. Sebagai contoh produk uPVC pipe yang menggunakan standard MS1034 untuk paip telekomunikasi dan berwarna hitam, standard MS1068 untuk paip saluran najis dan berwarna coklat, standard 628 untuk paip air dan berwarna grey, standard MS1054 untuk paip elektrik dan berwarna putih.
Apa yang dinyatakan di atas ini adalah merupakan contoh-contoh piawaian-piawaian yang telah sedia ada. Perkara ini perlu dinyatakan sebelum dapat kita kaitkan dengan etika pembuatan dalam Islam serta apakah perbezaan antara etika Islam dan piawaian ini? Serta apakah tujuaan mengunapakai etika pembuatan dalam Islam ini? Apakah tumpuan etika pembuatan Islam ini samada kepada produk atau sistem atau mungkin faktor-faktor rohaniah? Serta banyak lagi persoalan-persoalan yang perlu dijawab atau ditanya. Bagi memperjelaskan lagi maksud etika pembuatan dalam Islam ini, perkara pertama yang dirasakan perlu ialah kita memberika definasi terlebih dahulu. Pertama apakah definasi etika, kedua apakah definasi etika Islam dan seterusnya apa yang kita maksudkan dengan etika pembuatan Islam.
Etika
Pengertian Etika (Etimologi), berasal dari Ethos dalam bahasa Yunani yang bermakna watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika juga berkaitan rapat dengan Moral. Perkataan moral dari bahasa Latin pula bermaksud adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan) serta menghindari perbuatan yang buruk. Etika dan moral ini lebih kurang sama sahaja pengertiannya, tetapi ada perbezaannya iaiatu moral untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Etika adalah Ilmu yang membahas perbuatan baik dan perbuatan buruk manusia sejauh yang dapat difahami oleh pikiran manusia.
Etika Islam
Etika Islam (bahasa Arab: أخلاق إسلامية) atau “Adab dan Akhlak Islamiyah” adalah etika dan moral yang dianjurkan di dalam ajaran Islam yang tercantum di dalam Al-Quran dan Sunnah, dengan mengikuti contoh dari teladan Nabi Muhammad , yang di dalam akidah Islamiyah dinyatakan sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya.
Daripada tinjauan ke perpustakaan, saya mendapati ada pengilang yang memperkenalkan IMP (Islamic Manufacturing Practise) atau Amalan Pengilangan Islam.
IMP
IMP (Islamic Manufacturing Practice) iaitu satu komuniti Amalan Pengilangan Islam yang lahir dari cetusan dan satu kesedaran untuk mewujudkan satu piawaian Halalan Thoyyiba dan jaringan perniagaan berasaskan hukum-hukum syarak Islam yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan pengguna.
Hari ini ummah Islam seluruh dunia terdedah kepada produk makanan yang tidak selamat dan mengadungi pelbagai bahan serta kontiminasi haram yang boleh menjurus ke arah kelemahan ummah dari segi akidah, intelektual, kesihatan dan rohani.
Surah Al-Baqarah ayat 168 menjelaskan bahawa umat manusia dikehendaki memakan makanan yang Halal Lagi Baik [Halalan Thoyyiba].
IMP tidak hanya tertumpu kepada pemasaran produk, tetapi juga menfokus kepada pendidikan yang bermula dari makanan yang halal lagi baik dan kuliah agama bermula dengan “kepentingan Syahadah”.
IMP meliputi 4 aspek utama iaitu pengilangan, pemasaran, pengurusan dan motivasi. Menjana Kekuatan Ummah – Menerusi Produk Halalan Thoyyiba