

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan Expert Consultation “Maqasidic Framework – For The Formation of Khaira Ummah (The Best of People)” secara dalam talian Seminar sehari ini telah diadakan secara atas talian di mana tiga orang tokoh telah diundang untuk membentangkan kertas kerja masing-masing, iaitu (1) Prof Dato’ Dr. Mohd. Yakub@Zulkifli Hj. Mohd. Yusuf dari Jabatan al-Qur’an dan Hadis, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; (2) Tuan Hj. Mohd. Noor Ikhram Hj. Husin, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA); dan Prof. Madya Dr. Sh. Hayati Syed Ismail, Ketua Jabatan Siasah Shar’iyyah, Universiti Malaya, manakala Pengerusi IKIM, Tun Ahmad Sarji telah bersetuju untuk memberikan ucapan alu-aluan kepada para peserta program.
Tiga objektif yang ingin dicapai oleh seminar ini adalah menjelaskan erti sebenar ‘minda’ yang digagaskan oleh al-Qur’an dan Pemikiran Islam., menjelaskan hakikat sebenar ‘kehidupan’ dan ‘nasib akhir’ dalam rangka membentuk perspektif hidup yang jelas dan seimbang dan menjelaskan punca krisis makna diri dan keraguan terhadap nasib akhir yang melanda manusia hari ini.