IKIM dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah mengadakan Forum Harmoni dengan tema “Meraikan Kepelbagiaan dan Keharmonian Antara Agama” pada 6 Februari di Dewan Besar IKIM. Forum ini dianjurkan dengan tujuan untuk membincangkan peranan penganut agama dalam mempromosi perpaduan dan keharmonian hidup bersama. Dengan usaha sebegini, diharapkan penganut-penganut agama di Malaysia dapat bersama dalam suasana yang harmoni dan bersatu padu memainkan peranan yang lebih efektif bagi memastikan perpaduan dan keharmonian terus kekal dipelihara untuk kebaikan generasi hari ini dan masa depan.
Penganjuran forum ini yang merupakan sebahagian daripada Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia yang disambut setiap tahun pada minggu pertama bulan Februari turut berhasrat untuk mengangkat nilai keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia menerusi kesedaran tentang hubungan antara agama dan kelestarian. Sejajar dengan tema sambutan ini iaitu ‘meraikan kepelbagaian dan keharmonian antara agama’ merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada realiti kemajmukan masyarakat yang ada di Malaysia hari ini.
Forum ini telah dirasmikan oleh Y.B.Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut hadir ialah Y.B. Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom ketika merasmikan forum.

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup ketika memberikan ucapan

Dari kiri: Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Abibullah Hj. Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM, Tan Seri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Datuk Baharin Idris, Ketua Pengarah JPNIN

Ahli panel forum. Dari kiri: Rev. Wong Kim Kong, Christians for Peace and Harmony Malaysia, Thai Ming Yeow, Majlis Belia Malaysia, Haji Fitri Abdullah, Ahli Majlis Kebangsaan PERKIM Selangor, Muhammad Hasbi Abdul Rahman (moderator), Datuk Mohan Shanmugam, Malaysia Hindu Sangam dan Prof. Madya Dr. Sarjit Singh, Fakulti Ekologi Manusia (UPM)

Forum turut dihadiri oleh ketua-ketua agama dan komuniti.

Para peserta forum bergambar bersama dif-dif kehormat.