Satu majlis ramah mesra YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri bersama para pemenang Anugerah Nasyid 2017 (AN17) telah diadakan pada 5 Februari bertempat di Pejabat YB Menteri di Kompleks Islam Putrajaya. YB Menteri turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Anugerah Nasyid 2017 (AN17). Turut hadir sama ialah Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Tan Sri Dato’ Haji Othman Haji Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Abibullah Haji Samsudin, Ketua Pengarah YaPEIM dan Datuk Izelan Basar, Ketua Eksekutif TV Al-Hijrah.

YB Menteri memberikan ucapan ringkas.

Hafiz Hamidon menerima hadiah kemenangan daripada YB Menteri

Para pemanang AN17 bergambar bersama YB Menteri.