Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Islamic Information Centre (IIC) Sarawak dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menganjurkan Dialog Keharmonian antara Penganut Agama: Agama & Perubahan Iklim Dunia pada 23 November 2016/23 Safar 1438H bertempat di Dewan Syarahan, Pusat Islam Tun Abang Salahuddin, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Tajuk sesi dialog tersebut adalah “Tanggungjawab Orang Beragama dalam Menangani Perubahan Iklim Dunia” dan barisan ahli panelnya terdiri daripada mereka yang mewakili agama masing-masing iaitu :
1) YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM (Islam)
2) En. Tay Boom Seng , Young Buddhist Association Malaysia (Buddha)
3) En. Balachandran Annamalai, Malaysia Hindu Sangam Sarawak Branch (Hindu)
4) Rev. Fr. Felix Au, Archiodiocese of Kuching (Kristian)
Berikut adalah matlamat diadakan dialog berkenaan.
(i) Mengangkat nilai keharmonian dan perpaduan antara masyarakat pelbagai agama di Malaysia menerusi kesedaran dalam menghadapi kesan perubahan iklim dunia;
(ii) Menjelaskan perspektif agama mengenai tanggungjawab memastikan alam dipelihara untuk kelestarian generasi akan datang;
(iii) Membina kesedaran tentang tanggungjawab pelbagai pihak (organisasi dan individu) terutamanya belia dalam usaha berkaitan pemeliharaan dan pemuliharaan alam serta bagaimana menghadapi kesan perubahan iklim hari ini; dan
(iv) Membincangkan bagaimana kefahaman tentang nilai agama oleh setiap penganut agama masing-masing dapat membantu dalam menangani isu-isu berkaitan kesan perubahan iklim dunia masa kini.
YB Puan Rosey Haji Yunus, Menteri Muda Solidariti, Sarawak merasmikan dialog pada 23 November 2016.
Duduk dari kiri, Dr. Abdul Halim Busari, Pengarah Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), Prof. Datuk Dr. Azizan Bahruddin, Ketua Pengarah IKIM, Prof. Mohd Fadzil Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaysia Sarawak, YB Puan Rosey Haji Yunus, Menteri Muda Solidariti, Sarawak dan Hajjah Zabariah Haji Matali, Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Information Cenre (IIC) Sarawak.
Prof. Mohd Fadzil Abd. Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Universiti Malaysia Sarawak menyampaikan ucapan alu-aluan.
Sebahagian daripada peserta yang hadir.
Puan Hajjah Zabariah Haji Matali, Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Information Centre (IIC) Sarawak mempengerusikan sesi dialog.
Salah seorang peserta mengemukakan soalan kepada panel.
Kesinambungan daripada itu turut diadakan Forum Ad-Deen di Baruk Atas, Islamic Information Centre (ICC) Sarawak. Ahli panel terdiri daripada YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM dan Puan Hajjah Zabariah Haji Matali, Ketua Pegawai Eksekutif, Islamic Information Centre (IIC) Sarawak sementara En. Ahmad Nazri Mohd Yusof, Penerbit/Juruhebah Kanan IKIMfm bertindak sebagai moderator.
Ahlli panel Forum Ad Deen yang diadakan 23 November 2016.
Sebahagian peserta bergambar dengan panel forum.
Jualan buku-buku terbitan IKIM turut diadakan.