Dialog keharmonian antara penganut agama merupakan satu usaha penting bagi membina kefahaman dan memupuk sikap menerima perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama. Pentingnya diadakan program seperti ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pihak memahami isu perubahan iklim dunia dan juga tanggungjawab semua mengikut perspektif agama masing-masing.
Program dialog ini merupakan satu bentuk inisiatif kerjasama antara penganut agama dalam menangani isu berkaitan perubahan iklim dunia dapat diwujudkan. Ini akan memperkukuhkan lagi usaha sama dan memantapkan gerak kerja kerana ia terhasil dari kesedaran tentang tanggungjawab semua dalam kerangka pemahaman agama masing-masing mengenai kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.
Sesi Dailog : Tanggungjawab Insan Beragama Dalam Menangani Perubahan Iklim Dunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Zaid Ahmad, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Institut Kefahaman Islam Malaysia, En. Vidyananda KV Soon, International Network of Engaged Buddhist, Dr. M. Bala Tharmalingam dan Prof. Dr. Esther Gnanamalar Sarojini A/P A.Daniel, Universiti Malaya.
Dewan di Panggung Percubaan UPM yang penuh dengan kehadiran para pelajar UPM.
Sebahagian pelajar yang hadir.
Para pelajar mendaftar sebelum masuk ke dewan.
Jualan buku yang diadakan di luar dewan turut menarik perhatian pelajar.