
Satu Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) telah ditandatangani oleh pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan dua rakan strategik secara maya pada 9 Februari 2021. MoU tersebut adalah di antara IKIM dan UKM. Manakala MoA pula melibatkan IKIM, UKM dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).
MoU yang melibatkan IKIM dan UKM ini bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama bidang keilmuan dalam pelbagai program dan aktiviti seperti penyelidikan, seminar, bengkel, perundingan, latihan dan penerbitan.
Kedua-dua Memorandum ini ditandatangani oleh wakil ketiga-tiga institusi yang terlibat. Bagi MoU, IKIM telah diwakili oleh Ketua Pengarahnya iaitu Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin. Pihak UKM pula diwakili oleh Naib Canselor iaitu Prof. Dato’ Dr. Mohd. Ekhwan Hj. Toriman.
Turut hadir semasa majlis tersebut ialah Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid, Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia, dan Dr. Mohd Zaidi bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.