Salah satu faktor utama yang ‘akan menjayakan Wawasan negara pada abad 21, ialah mencapai mutu kualiti pengurusan yang tinggi di kesemua sektor, termasuk awam dan swasta. Kejayaan ini seharusnya wujud di kesemua peringkat sektor -sektor tersebut semoga hasil dari pengurusan yang bermutu dan berkualiti akan dapat membuahkan pencapaian kemajuan negara dalam kesemua dimensi.
Dalam konteks pensyarikatan Malaysia, kepentingan kualiti pengurusan bukan hanya sekadar meningkat prestasi kedua-dua sektor awam dan swasta secara berasingan tetapi sekali gus kedua-dua sektor tersebut harus mencapai keharmonian dalam prestasi tugas semoga ia saling berkait rapat dan memerlui di antara satu sama lain untuk memajukan negara.
Usaha penyusunan negara dengan itu perlu peka bahawa prestasi negara yang efektif dan berkesan akan dapat dijayakan melalui peningkatan kualiti ‘ pengurusan bagi kedua-dua sektor awam dan swasta, dan kemampuan mereka berperanan secara berpasukan menjayakan matlamat negara. Jika hanya satu sektor berjaya meningkat mutu pengurusan dan yang satu gagal mencapai kualiti pengurusan yang tinggi, matlamat negara untuk mencapai status negara maju akan tidak berhasil. Ini adalah disebabkan peranan kedua-dua adalah dalam bidang yang berlainan dan satu memerlui kejayaan yang lain untuk terus maju.
Pengurusan adalah satu proses penyusunan sesebuah organisasi, institusi atau negara untuk mencapai matlamat tertentu. Proses ini mampu mencapai taraf kualiti yang tinggi jika pengurus atau pentadbir di samping memiliki wawasan untuk mengariskan matlamat dan arah panduan untuk organisasi terbabit sekali gus berkemampuan menterjemah ‘mission statement’ tersebut kepada program-program dan kegiatan-kegiatan yang membolehkan matlamat dan objektif dapat dicapai.
Kejayaan negara-negara maju jelas. dibuktikan oleh kualiti pengurusan yang bermutu. Mereka mampu menghasilkan produk dan perkhidmatan dengan nilai kualiti yang tinggi mengatasi pengeluaran negara-negara lain. Dalam suasana semasa, kualiti produk dan perkhidmatan hasil dari kualiti pengurusaJl organisasi terbabit adalah penentu kepada kejayaan.
Dalam usaha mewujudkan kualiti pengurusan, pimpinan orgamsasI seharusnya memiliki pandangan dan wawasan yang jauh. Mereka sepatutnya mampu mengariskan arah tujuan organisasi tersebut semoga dapat berperanan secara relevan dan berkesan dengan perubahan suasana yang tidak menentu. Kejayaan ini memerlukan kepada penguasaan kefahaman kepada keadaan realiti semasa dan bersikap ‘futuristic’ kepada apa yang jangka berlaku pada masa hadapan.
Pemimpin organisasi dengan itu perlu memahami pergolakan politik, ekonomi, budaya hidup masyarakat dan aspirasi generasi depan untuk berperanan secara efektif. Dalam suasana yang penuh dinamik seseorang pemimpin tidak hanya mencukupi menguasai ilmu profesional sahaja, ia seharusnya juga dapat menghayati aspektasi kepada apa bentuk perubahan yang akan berlaku.
Kejayaan untuk diterokai negara sepatut berbentuk kejayaan untuk jangka panjang. Dalam era globilisasi sekarang, kejayaan dalam jangka panjang biasanya bergantung kepada kemampuan meluaskan penguasaan keluaran, termasuk pas~ran antarabangsa. Dalam menghadapi. persaingan antarabangsa kualiti pengurusan hendaklah ditingkatkan ke taraf yang mampu bersaing dengan organisasi antarabangsa. Jika gagal kejayaan negara akan terbantut.
Di samping memiliki wawasan dan misi yang bertaraf global, kualiti pengurusan dapat dinilai dan ditentukan kepada kemampuan pemimpin. terbabit menterjemahkan ‘mission statement’ atau objektif organisasi kepada bentuk program dan kegiatan semoga hasil produk dan perkhidmatan dapat dikeluarkan.
Banyak organisasi tidak beroperasi secara berkesan kerana kegagalan dan ketidak kemampuan pemimpin organisasi tersebut menterjemah objektif organisasi dalam bentuk aktiviti dan kegiatan atau jenis pengeluaran menepati aspirasi ‘mission statement’ tersebut. Pemimpin yang berjaya adalah mereka yang bersikap kreatif dan inovatif serta berkeinginan untuk membuat initiatif semoga organisasi tersebut sentiasa berada dibarisan hadapan dan mempengaruhi keadaan suasana.
Islam memberi penekanan kepada golongan pemimpin semoga berjihad untuk meningkat kualiti pengurusan. Islam mengarah kepada pencapaian prestasi yang bermutu dan sekali gus mampu berada di barisan hadapan dalam . apa bentuk usaha yang dilakukan oleh umat dan negaranya ..
Peningkatan mutu pengurusan bagi Islam ialah untuk meningkat mutu hidup ahli masyarakat semoga mereka dapat menjadi model tarikan untuk kesemua golongan. Model Islam mengutama keadilan dan kualiti hidup dalam kesemua dimensi secara sepadu. Kejayaan ini sahaja akan menjamin ke arah keutuhan tamadun kemanusiaan~
Dalam situasi semasa umat Islam sangat ketinggalan dalam kemampuan mentadbir dan mengurus urusan hidup mereka berorganisasi dan bernegara. Walaupun mereka kaya dengan hasil bumi, jumlah penduduk dan kedudukan georafik negara yang strategik, mereka gagal menjadi model ikutan kepada negara lain. Kegagalan ini jelas disebabkan oleh ketidak mampuan negaranegara tersebut memiliki pentadbiran dan pengurusan yang baik. Keadaan ini meletakkan mereka ke tempat yang tidak sepatutnya.
~ebangkitan Malaysia dalam era mutakhir ini melalui kemampuannya mentadbir dan mengurus negara dengan berkualiti setanding dengan negara maju diharap akan menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain. Untuk maju dan terus mencapai kegemilangan usaha untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan perlu menjadi agenda utama. Banyak barisan pemimpin awam dan Korporat perlu diwujudkan semoga sumber negara dapat dibangunkan demi menghasil-sebuah tamadun yang dihormati dan dicontohi.
kesemua dimensi secara sepadu. Kejayaan ini sahaja akan menjamin ke arah keutuhan tamadun kemanusiaan.
Dalam situasi semasa umat Islam sangat ketinggalan dalam kemampuan mentadbir dan mengurus urusan hidup mereka berorganisasi dan bernegara. Walaupun mereka kaya dengan hasil bumi, jumlah penduduk dan kedudukan georafik . negara yang strategik, mereka gagal menjadi model ikutan kepada negara lain. Kegagalan ini jelas disebabkan oleh ketidak mampuan negaranegara tersebut memiliki pentadbiran dan pengurusan yang baik. Keadaan ini meletakkan mereka ke tempat yang tidak sepatutnya ..
Kebangkitan Malaysia dalam era mutakhir ini melalui kemampuannya mentadbir dan mengurus negara dengan berkualiti setanding dengan negara maju diharap akan menjadi model ikutan negara-negara Islam yang lain. Untuk maju dari terus mencapai kegemilangan usaha untuk meningkatkan kualiti pentadbiran dan pengurusan perlu menjadi agenda utama. Banyak barisan pemimpin awam dan Korporat perlu diwujudkan semoga sumber negara dapat dibangunkan demi menghasil sebuah tamadun yang -dihormati dan dicontohi.