Pengurusan IKIM telah membuat kunjungan ke Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM ke atas YAA Dato’ Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar, Ketua Pengarah/Ketua Hakim Syarie, JKSM pada 25 Jun 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 5, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, Putrajaya. Turut hadir sama dalam sesi tersebut ialah Ketua Pendaftar JKSM dan Pengarah-Pengarah Bahagian JKSM.
Semasa kunjungan hormat tersebut, YBrs. Dr. telah melahirkan hasrat untuk mengadakan kerjasama dua hala yang lebih menyeluruh dan serius dengan JKSM di masa-masa akan datang. IKIM juga berharap dapat menggabungkan kepakaran antara kedua-dua agensi bagi menyebarluaskan lagi ilmu-ilmu berkaitan undang-undang Islam dan perundangan syariah khususnya berkaitan hak-hak wanita, hadhanah dan lain-lain.
YAA Dato’ Dr. Ketua Pengarah JKSM juga sangat berbesar hati dengan hasrat IKIM tersebut dan turut berharap kolaborasi ini dapat memperkukuhkan hubungan antara kedua agensi disamping dapat bekerjasama menjalankan penyelidikan yang mampu memberi kesan yang positif dan dinamik kepada kepentingan ummah Islam di Malaysia.
Pihak IKIM juga turut memberi tawaran untuk menerbitkan sebuah buku berkaitan komplikasi artikel dari sudut pengamal undang-undang di JKSM.

