IKIM telah menerima kunjungan daripada Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan beberapa orang pegawai DBP lain yang turut serta pada 26 Januari 2018. Kunjungan tersebut turut membincangkan beberapa bentuk program kerjasama yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat dan kedua-dua agensi tersebut. Datuk Prof. Dr. Aizan Baharuddin bersama beberapa pegawai IKIM yang lain turut berbesar hati dengan cadangan yang dikemukakan oleh pihak DBP.

Lima dari kiri: Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP dan Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin,

Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin menyampaikan cenderahati berupa buku 25 Tahun IKIM kepada Datuk Haji Abdul Adzis Abas, Ketua Pengarah DBP.