Pada 13 Ogos 2018 IKIM telah menganjurkan Kursus Amalan Hijau: Dari Masjid Ke Masyarakat. Dalam usaha memupuk kesedaran masyarakat tentang kebaikan pembudayaan dan pengaplikasian amalan hijau, pendedahan tentang konsep amalan hijau perlu diberi perhatian agar masyarakat betul-betul faham dan dapat menterjemahkannya sebagai budaya hidup. Kursus ini disampaikanoleh Dr. Fachruddin M. Mangunjaya, Pensyarah dari Fakulti Biologi, Universitas Nasional, Indonesia yang juga merupakan Felow Pelawat IKIM.
Objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta makna dan kaedah tentang amalan hijau serta aplikasiannya dari sudut pandang Islam. Selain itu kursus ini turut memberi kefahaman dalam usaha mewujudkan kesedaran kepada para peserta kursus tentang kepentingan pembudayaan dan pengaplikasian amalan hijau dalam kehidupan seharian serta menjadikan institusi masjid sebagai model dan teladan dalam pembudayaan amalan hijau supaya dapat disebarluaskan ke peringkat masyarakat.
Bagi umat Islam, institusi masjid merupakan institusi yang menjadi teras kepada aktiviti kehidupan bermasyarakat. Memandangkan amalan hijau amat dituntut selari dengan ajaran Islam, maka aplikasi dan pembudayaan amalan hijau seharusnya bermula di masjid. Oleh itu, fokus kursus ini adalah untuk menerapkan pembudayaan amalan hijau di masjid dengan hasrat supaya amalan hijau ini dapat menular di kalangan jemaah dan ahli masyarakat untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Dr. Fachruddin M. Mangunjaya, Pensyarah Fakulti Biologi Universitas Nasional, Indonesia yang juga Felow Pelawat ketika menyampaikan ceramah .

Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM menyampaikan ceramah khas bertajuk “Hubung Kait Amalan Dan Teknologi Hijau Dengan Perubahan Iklim Dan Pemanasan Global”

Pn. Rosmidzatul Azila Mat Yamin, Felow, Pusat KIAS IKIM ketika menyampaikan kertas kerja.

Sebahagian peserta bergambar bersama-sama Dr. Fachruddin M. Mangunjaya

Para peserta khusyuk mendengar pembentangan Dr. Fachruddin.