Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) telah menganjurkan Muzakarah Pakar “Ketagihan, Keluarga dan Kelestarian Komuniti” pada 15 – 16 Ogos 2018. Muzakarah ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Haji Zakaria bin Hashim, Timbalan Pengerusi IKIM.
Tujuan muzakarah pakar ini dianjurkan adalah untuk menjelaskan ancaman ketagihan terhadap kelestarian hidup yang merangkumi institusi keluarga, komuniti dan negara. Perkongsian pandangan dan pengalaman oleh panel pakar adalah kritikal untuk menyumbang kepada kefahaman yang lebih jelas tentang isu ketagihan dan bagaimana nilai-nilai agama dapat memperkasa institusi keluarga sebagai satu unit sosial yang berfungsi sebagai agen perubahan sikap dalam mendepani fenomena ketagihan.
Turut hadir di program ini adalah kumpulan pakar penyelidik dan wakil-wakil daripada pelbagai universiti, kementerian, agensi, jabatan agama, Majlis Agama Islam Negeri serta badan bukan kerajaan (NGO).

Ucapan perasmian oleh Datuk Haji Zakaria Hashim, Timbalan Pengerusi IKIM

Ucaptama oleh Dr. Nor Azri Ahmad, Ketua Penolong Pengarah, Pendidikan Pencegahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertajuk bertajuk “Negara Bebas Ketagihan : Realiti dan Harapan”

Pn. Suzana Md. Samsudi ketika membentangkan kertas kerja bertajuk “Indikator Kesejahteraan Keluarga Menurut Islam”.

Duduk dari kiri Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad, Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Pn. Suzana Md. Samsudi, Felow Pusat EMAS, IKIM, Pn. Siti Shamsiah Md Supi, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat SYARAK IKIM, (Moderator), En. Irwan Mohpal@Mahpul, Perangkawan, Unit Penyelidikan Demografi-Keluarga (LPPKN) dan Prof. Madya Dr. Rumaya Juhari, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Sebahagian daripada peserta yang hadir ketika majlis perasmian