Lawatan kerja 35 orang Imam-imam dari Jajahan Bachok, Kelantan yang merupakan anjuran Masjid Mahmoodi, Bachok, Kelantan. Pelawat terdiri daripada 4 orang pegawai Majlis Agama Islam Kelantan dan selebihnya adalah wakil daripada 25 buah Masjid/Surau di bawah Jajahan Bachok, Kelantan.

Taklimat berkaitan peranan dan fungsian IKIM yang disampaikan oleh En. Mohd Noor b. Omar, Felow, Pusat Kajian Syariah Undang-undang dan Politik di Bilik Theatrette, IKIM

Taklimat yang disampai oleh En. Mahathir b. Shaharuddin, Pengurus Rancangan Radio dan turut hadir bersama meraikan pelawat adalah YBrs. Dr. Nik Roskiman b. Abdul Samad, Pengarah Pusat Media di Studio Rakaman, IKIM