Sedang berlangsung adalah program Luncheon Talk Siri 1/2019 bertajuk Taklimat Khas Koleksi Tamadunan Islam Perpustakaan IKIM yang disampaikan oleh Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Felow Kehormat IKIM bertempat di Dewan Besar IKIM.
Antara tetamu kehormat yang turut hadir dalam sesi taklimat adalah Tun Pengerusi IKIM, Ketua Pengarah IKIM, Ahli-ahli Lembaga Pengarah IKIM, Ketua-ketua Agensi, Ahli-ahli IKIM serta warga akademik IKIM.

Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Felow Kehormat IKIM (kanan)
Tujuan program adalah untuk memberikan penerangan berkaitan keistimewaan Koleksi Sejarah & Tamadun Islam yang terdapat di Perpustakaan IKIM, membantu pegawai akademik khususnya dalam menjalankan aktiviti intelektual dan memupuk minat warga IKIM dan agensi-agensi luar yang berkaitan ke atas Koleksi Sejarah & Tamadun Islam.

Prof. Dr. Tatiana A. Denisova, Felow Kehormat IKIM semasa menyampaikan taklimat

