Satu perjanjian persefahaman dalam kerjasama pembukuan slot rancangan di Radio IKIM antara Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. telah diadakan pada 17 Disember 2016 di PWTC sempena Ekspo Buku Malaysia 2016. Menerusi kerjasama ini Galeri Ilmu akan bertindak sebagai Penerbit untuk 10 buah penerbitan yang mana ianya diadaptasi daripada slot rancangan yang telah ke udara menerusi Radio IKIM. Manakala IKIM pula sebagai Penerbit Bersama yang bukan sahaja memberi khidmat nasihat tetapi akan memastikan penulisan buku tersebut adalah tepat dan tidak tersasar daripada apa yang telah disiarkan di Radio IKIM.
Sepuluh slot yang terlibat adalah :
(i) Tahsinul Ibadah oleh Almarhum Ust. Syed Mohd Fadzli al-Yamani
(ii) Islam itu Indah oleh Ust. Pahrol Mohamad Juoi
(iii) Motivasi pagi oleh Dato’ Ust Badli Shah Alauddin
(iv)Pesona D’Zahra oleh Ust Muhammad Abdullah al-Amin
(v)Usrah Nurani oleh Ust Zul Ramli M. Razali
(vi)Ibrah oleh Ust Shaari Abdul Rahman
(vii) Mauizzati oleh Ust Ahmad Dusuki Abd. Rani
(viii) Hayatul Rasul oleh Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid
(ix) Islam Itu Indah oleh Prof Muhaya Mohamad
(x)Maulid@IKIMfm oleh Ust Muhadir Hj Joll
Dengan adanya kerjasama ini ilmu yang disiarkan menerusi Radio iKIM ini akan dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas kepada masyarakat dan tidak terhad kepada golongan pendengar Radio IKIM sahaja. Majlis MoU ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Azizan binti Baharuddin bagi pihak IKIM dan YBhg. Tn Hj Mohd. Yusri Mohd. Yusof daripada Pengarah Urusan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. Majlis ini turut disaksikan oleh Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media IKIM dan Tn. Hj. Badrul Hisham Shari, Pengarah Penerbitan Galeri Ilmu.
Datuk Dr. Azizan Baharuddin dan Tn. Hj. Mohd. Yusri Mohd. Yusof semasa upacara menandatangani perjanjian persefahaman.
Datuk Dr. Azizan Baharuddin semasa ucapan di majlis tersebut.
Antara tetamu yang hadir bagi kedua-dua pihak.