IKIM telah menganjurkan Majlis Pelancaran 6 buah buku IKIM yang telah diterbitkan bagi penggal kedua tahun 2016 pada 16 Disember 2016. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM di Bilik Mawar, PWTC sempena Ekspo Buku Malaysia 2016.
Enam judul buku yang telah diterbitkan ialah :
(i) Al-Quran & Sains
(ii) Guru Cemerlang Pendidikan Islam : Persediaan dan Cabaran
(iii) Islam & Neurosains : Isu dan Cabaran
(iv) Arak dan Pencegahannya di Malaysia & Future Challenges
(v) TAFHIM 2016 “IKIM Journal of Islam and Contemporary World”.
(vi) “Islamic Civilisation : Present & Future Challenges
Kesemua buku ini juga merupakan sumbangan IKIM dalam memperkaya khazanah ilmu dan seterusnya mendatangkan hasil bagi tujuan pembinaan tamadun sebagaimana matlamat IKIM “Memahami Islam Membina Peradaban”.
Dalam sesi yang sama turut diadakan slot bedah buku yang bertajuk “Guru Cemerlang Pendidikan Islam: Persediaan dan Cabaran” yang disunting oleh Dr. Mohd. Farid Shahran dan Pn. Nor Hartini Saari. Panel bagi slot tersebut terdiri daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim bin Tamuri, Rektor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan YBhg. Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran. Pengarah Pusat SYARAK. Manakala moderator bagi sesi bedah buku ini ialah Ustaz Mahathir bin Shaharuddin, Pengurus Rancangan Radio IKIM.
Buku ini mengandungi perbahasan tentang pelbagai isu yang melibatkan guru dan pendidikan terutama dalam Pendidikan Islam. Sesi bedah buku ini merupakan satu alternatif dari IKIM dalam perkongsian ilmu bersama semua golongan khususnya para pendidik dan bakal pendidik. Selain itu buku ini juga sinonim dengan slot rancangan “Guru dan Pendidikan” yang bersiaran di Radio IKIM setiap minggu.
Ucapan aluan daripada Dr. Mohd. Zaidi Ismail semasa majlis pelancaran buku IKIM.
YBhg. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM merasmikan enam buah buku terbitan IKIM.
