Majlis pelancaran buku terbitan IKIM hasil kompilasi tulisan dan penghakiman mantan Ketua Hakim Negara YABhg. Tun Abdul Hamid Mohamd bertajuk ” Konflik dan Pengharmonian : Konflik Bidang Kuasa dan Pengharmonian Undang-undang” telah diadakan pada 8 Disember 2016 di Dewan Besar IKIM. Buku tersebut telah dilancarkan oleh YABhg. Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM.
Buku tersebut memberi fokus terhadap dua isu iaitu konflik bidang kuasa antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil dan pengharmonian undang-undang yang berkaitan konflik tersebut. Di dalam buku tersebut, Tun Abdul Hamid telah memberikan pandangan bagi pembinaan sistem perundangan berdasarkan nilai dan acuan Malaysia serta bersandarkan kepada prinsip dan falsafah pentdbiran keadilan yang bersesuaian dengna keduduan Islam sebagai agama bagi negara sepertimana peruntukan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan.
Buku ini turut mendapat sentuhan penyuntingan daripada Prof. Madya Dr, Shamrahayu Ab. Aziz, Felow Utama IKIM. Buku ini merupakan sumbangan IKIM dalam memperkaya khazanah bagi perundangan dan seterusnya mendatangkan hasil bagi tujuan pembinaan tamadun sebagaimana matlamat IKIM, “Memahami Islam Membina Peradaban”.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi IKIM (kiri), Tun Abdul Hamid Mohamad (tengah) dan Datuk Dr. Azizan Baharuddin (kanan)
YBhg. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM menunjukkan buku yang dilancarkan kepada Tun Abdul Hamid Mohamad.
Turut diadakan ialah majlis menandatangani buku oleh penulis pada hari berkenaan.
Jualan buku mendapat sambutan hangat pada majlis tersebut.