Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 16 Januari 2018 di Auditorium, Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. Perhimpunan ini turut dihadiri semua ketua jabatan dan agensi serta warga kerja masing-masing. YB Menteri turut menyerahkan sijil perlantikan kepada 15 Ketua Pasukan Pelaksana Garis Panduan Tadbir Urus Shariah (GTU-S). Setiap agensi diminta memberikan komitmen bagi memastikan aspirasi YB Menteri ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
YB Menteri ketika menyampaikan ucapan semasa perhimpunan.
Pn. Sarina Othman, Ketua Pegawai Tadbir di Unit Kualiti, Pematuhan dan Prasarana menerima sijil pelantikan sebagai Ketua Pasukan Pelaksana Garis Panduan Tadbir Urus Shariah (GTU-S).