IKIM telah menganjurkan Anugerah Nasyid 2017 (AN17) dengan hasil kerjasama NBoS bersama Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) pada 13 Januari 2018 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Penganjuran anugerah ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.
Anugerah lain yang turut disenaraikan adalah Anugerah Lirik Terbaik, Anugerah Vokal Terbaik, Anugerah Persembahan Terbaik, Anugerah Artis Baru Terbaik dan Anugerah Muzik Video Terbaik.

Dari kiri: Daqmie (Jalan Syahadah), Fadzli Fareast (Syahadah) dan Lah Ahmad (Salam)

YB Dato’ Dr. Asraf Wajdi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Pengacara pada malam tersebut Suffian Amrin dan Syafinaz Yunus.

Lebih 6ooo penonton yang hadir pada malam tersebut.