Majlis Ramah Mesra Menteri di Jabatan Perdana Menteri Bersama Pemimpin Agama sempena Sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia telah diadakan pada 27 Februari 2018. Majlis telah dirasmikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan ucaptama telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Putra B, Putrajaya International Conventition Centre (PICC).
Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM telah menerima sijil penghargaan atas sumbangan dan usahasama IKIM dengan PERPADUAN dalam hal ehwal keharmonian antara penganut agama. Sijil penghargaan telah disampaikan oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ketua Pengarah IKIM menerima sijil penghargaan daripada YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.