Kajian terhadap proses kewangan dalam beberapa aspek seperti institusi-institusi, teori dan polisi akan memberi penjelasan bagaimana sektor kewangan akan memberi kesan-kesan yang mendalam kepada peruntukan sumber-sumber dan prestasi agregat sesebuah ekonomi tersebut. Prestasi agregat termasuklah penentuan jumlah paras pengeluaran, pendapatan, guna tenaga dan harga dalam sesebuah ekonomi.
Institusi kewangan dalam sesebuah ekonomi adalah nadi penggerak kepada pemesatan kegiatan ekonomi. Ia merupakan pengantara (intermediary) di antara golongan pendepositor yang mempunyai lebihan wang dan golongan usahawan yang memerlukan dana untuk menglibatkan dengan kegiatan ekonomi. Justeru itu peranan institusi kewangan sangatlah penting dalam membangun dan memantapkan sesebuah ekonomi dewasa ini. Kenyataan umum Persatuan Antarabangsa Bank Islam [International Association of Islamic Banks (IAIB)] jelas merumuskan bahawa peranan institusi Kewangan Islam perlu menepati semangat (spirit) Islam secara komprehensif seperti berikut:
²The Islamic banking system involves a social implication which is necessarily connected with the Islamic order itself, and represents a special characteristic that distinguishes Islamic banks from other banks based on other philosophies. In exercising all its banking or developmental activities, the Islamic bank takes into prime consideration the social implications that may be brought about by any decision or action taken by the bank. Profitability – despite its importance and priority – is not therefore the sole criterion or the prime element in evaluating the performance of Islamic banks, since they have to match both between the material and the social objectives that would serve the interests of the community as a whole and help achieve their role in the sphere of social mutual guarantee. Social goals are understood to form an inseparable element of the Islamic banking system that cannot be dispensed with or neglected².
Pendekatan ini perlu difahami dalam konteks yang lebih komprehensif dan dinamik. Institusi kewangan Islam samaada yang dimiliki oleh pemerintah, orang-orang perseorangan atau dimiliki oleh pemegang saham terbitan umum perlu memahami bahawa institusi tersebut perlu peka kepada aspirasi dan kekuatan ekonomi masyarakat Islam dan bukan hanya untuk mengaut keuntungan sahaja. Bahkan keuntungan untuk institusi kewangan Islam mampu ditingkat secara berterusan jika kekuatan ekonomi ummah turut kuat dan mampan, sehingga mampu menguasai ekonomi negara.
Justeru itu institusi kewangan Islam perlu bersifat proaktif dalam memperuntuk dan menguna dana pelabur untuk membangun dan menguasai ekonomi melalui projek pelaburan yang efektif, dinamik dan memungkinkan perolehan keuntungan yang besar.
Jumlah dana yang terkumpul oleh institusi kewangan memberi kesan kepada kemampuan institusi tersebut menyalurkan dana untuk menggerak kegiatan ekonomi. Oleh itu peranan untuk menarik masyarakat dan badan syarikat menabung dalam institusi kewangan adalah dasar utama dan usaha awalan kepada kemampuan institusi tersebut membabit dalam pelaburan ekonomi.
Kualiti hidup masyarakat kita dapat ditingkatkan melalui kejayaan kita mengembeling dana pelaburan di institusi kewangan secara berkesan untuk masyarakat Islam berniaga dan berdagang. Ia perlu diusahakan semoga ahli masyarakat Islam dapat bergiat secara produktif. Usaha ke arah matlamat tersebut adalah satu perjuangan pihak pengurusan institusi kewangan Islam semoga ia lebih berterampilan dari prestasi institusi kewangan conventional.
Dalam konteks membangun ekonomi ummah institusi kewangan Islam memerlukan usaha yang gigih dan bertanggungjawab untuk mencapai kreativiti dan innovatif dalam kegiatan mereka meyalur dana dalam pelaburan ekonomi yang mampu melibatkan keseluruh potensi tenaga umat Islam. Kejayaan ini mampu mewujudkan kestabilan masyarakat di mana peluang membangun kekuatan ekonomi dapat disertai oleh sebilangan besar umat Islam yang berkemampuan dan jika boleh kepada kesemua lapisan masyarakat. Dari keadilan sosial ekonomi tersebut akan membolehkan kemampuan umat Islam menabung meningkat dan dana terkumpul turut meningkat.
Dasar lain yang penting bagi institusi Kewangan Islam dalam konteks semasa di Malaysia ialah mereka perlu mampu membangun ekonomi ummah dan seterusnya menguasai kekuatan ekonomi dalam negara. Usaha ini adalah satu jihad yang sangat dituntut untuk masa ini. Tanpa kekuatan ekonomi, umat Islam akan menjadi masyarakat pinggir dan tidak mungkin mampu menentu agenda hidupnya. Bahkan agenda hidup akan ditentu oleh orang lain.
Institusi Kewangan Islam perlu membimbing penglibatan masyarakat Islam dalam kegiatan sektor strategik ekonomi negara. Sebagai pengamanah kepada dana ummah, mereka perlu mampu mempengaruhi penglibatan ummah dalam penguasaan sektor ekonomi yang menjadi teras kekuasan kepada ekonomi negara. Contohnya umat Islam perlu menguasai industri perkhidmatan strategik (strategic services industry), industri pembuatan strategik (strategic manufacturing industry) dan turut juga dalam industri pengeluaran barang makanan asasi masyarakat. Kecapaian tersebut akan meletak ummah berada dalam arus perdana (mainstream) kegiatan ekonomi negara. Bahkan dalam konteks semasa umat Islam perlu melibat dalam kegiatan ekonomi global.
Di samping itu, institusi kewangan perlu meningkat keuntungan dalam kegiatan pelaburan mereka. Perolehan keuntungan institusi Kewangan Islam perlu disandarkan kepada asas fundamental seperti kecekapan mengurus dana dan kemampuan melibat dana dalam pelaburan yang produktif. Pengurus dana institusi kewangan Islam perlu mempunyai kepakaran melabur yang tinggi jika mahu maju. Mereka perlu mencetus dan mengindentifikasi projek pelaburan jangka pendek, sederhana dan panjang yang menguntung dari segi pulangan dan juga untuk memantap ekonomi ummah. Kedua-dua faktor ini penting jika mahu mencapai objektif yang holistik seperti yang dikehendaki oleh gagasan Islam.
Kemampuan mencatat keuntungan yang tinggi akan memberi keyakinan masyarakat kepada institusi kewangan terbabit. Adalah satu kesilapan beradaian bahawa institusi kewangan dengan berusaha untuk berjaya mencetus peluang masyarakat Islam bergiat dengan kegiatan ekonomi dan usaha untuk memantap ekonomi umat Islam, keuntungan institusi kewangan tersebut akan terjejas. Keuntungan besar bergantung kepada kepakaran dan kemampuan mengurus dana tabungan dengan efektif dan berkesan. Kemampuan ini yang kurang terdapat di institusi kewangan Islam jika dibanding dengan institusi kewangan conventional. Justeru itu usaha kearah memantap pengurusan kewangan Islam dalam mengendali pelaburan perlu diberi tumpuan yang sewajarnya.