IKIM menganjurkan Muzakarah Pakar Indeks Leterasi Kewangan Islam Masyarakat Muslim di Malaysia pada 21 Mac 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM. Program ini merupakan hasil kerjasama IKIM bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara objektif yang ingin dicapai adalah tentang konsep literasi kewangan Islam dan komponen-komponennya; mengenalpasti dan merumuskan instrumen pengukuran bagi projek kaji selidik indeks literasi kewangan Islam di Malaysia; dan meninjau sejauh mana tahap literasi kewangan Islam dalam kalangan masyarakat Muslim di Malaysia.


