Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan Muzakarah Pakar “Kaedah Fiqh Manhaj Malaysia” pada 26 September 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM, Kuala Lumpur. Muzakarah ini bertujuan untuk i) membahaskan tentang konsep dan kepentingan kaedah fiqh Manhaj Malaysia; ii) menilai asas dan khazanah ilmiah terhadap keperluan memahami suasana, semasa dan setempat; dan iii) menggariskan pendekatan dan garis panduan dalam aplikasi Fiqh Manhaj Malaysia.

Ucap tema muzakarah ini bertajuk “Kaedah Fiqh Manhaj Malaysia” telah disampaikan oleh YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi IKIM.

Tiga (3) pembentangan utama terdiri daripada S.S. Dato’ Dr. Zulkifly Haji Muda, Mufti Terengganu, Dr. Mohd Farid Ravi, Pensyarah KUIS dan Prof. Mohd Nazari Ismail, Fakulti Perniagaan & Perakaunan, Universiti Malaya, manakala Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Felow Utama, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang & Politik IKIM selaku moderator.