Muzakarah yang telah diadakan pada 11 Mei ini telah dibahagikan kepada dua sesi. Sesi 1: Maqasid Al-Syariah & Sistem Perundangan telah mengenengahkan En. Asham Ahmad, Felow Pusat SYARAK, Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiyah Engku Ali, Ahli Lembaga Pengarah IKIM dan Prof. Dr. Farid Sufian Shuaib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan moderator sesi adalah Dr. Mohd Farid Mohd Shahran.
Muzakarah ini telah diadakan bagi mendapatkan input-input membina tentang keadaan semasa perundangan negara dan aspek-aspek penambahbaikan yang perlu dilakukan menerusi kajian-kajian ilmiah lanjutan oleh IKIM dengan kerjasama institusi penyelidikan lain termasuk universiti, agensi-agensi berkaitan dan juga individu yang berminat.