Pada 1 – 2 November, IKIM dengan kerjasama Penggerak STEM Kebangsaan mengadakan Muzakarah Pakar “Pengukuhan Pendidikan STEM : Pendekatan Nilai dan Budaya”.
Matlamat penganjuran program ini antaranya ialah memberi kefahaman mengenai kepentingan menguasai STEM dari sudut agama dan membincangkan usaha yang terbaik untuk mengukuhkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P) subjek STEM. IKIM telah mengambil inisiatif mengadakan wacana ilmiah ini dalam usaha meningkatkan semula minat terhadap STKM di kalangan pelajar dan masyarakat.
Turut membentangkan kertas kerja adalah Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) merangkap Pengerusi Penggerak STEM Kebangsaan, Prof. Dato’ Dr. Yusof Othman, Pengarah, Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga merupakan Felow Kehormat IKIM serta beberapa orang pakar dalam bidang STEM dan juga pegawai akademik IKIM. Adalah diharapkan agar muzakarah seumpama ini membantu dalam usaha memajukan bidang sains di Malaysia.

Ucapan aluan oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM

En. Muhammad Husni Mohd Amin, Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Sains dan Alam Sekitar, IKIM

Prof. Dato’ Dr. Noraini Idris, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) UPSI/Pengerusi Penggerak STEM Kebangsaan

Duduk dari kiri Pn. Farah Abu Bakar, Malaysia Industry-Government for High Technology, Pn. Azrina Sobian, Felow Pusat Kajian Sains & Alam Sekitar, IKIM (moderator) dan Dr. Azli Abd. Razak, Wakil PIBG SMK Seksyen 9, Shah Alam

Sesi sidang media bersama Ketua Pengarah IKIM