Majlis Perhimpunan Agensi-Agensi Di Bawah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri telah diadakan pada 16 Januari 2018 di Auditorium, Jakim, Kompleks Islam Putrajaya. Kesemua ketua jabatan dan agensi telah turut hadir bersama warga kerja agensi bagi mendengar amanat daripada YB Menteri.
YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri turut menyerahkan sijil perlantikan kepada 15 Ketua Pasukan Garis Panduan Tadbir Urus Shariah (GTU-S) bagi setiap agensi. Setiap agensi juga diharapkan dapat memberikan komitmen secara konsisten bagi memastikan aspirasi pewujudan GTU-S ini dapat direalisasikan dengan jayanya.
Pn. Sarina Othman menerima pelantikan sebagai Ketua Pasukan Garis Panduan Tadbir Urus Shariah (GTU-S).