Pada 25 Februari 2019, IKIM telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Neuroetika dan Biologi Kesedaran” yang telah dihadiri oleh ahli akademik, penyelidik, doktor perubatan, ahli psikologi dan ahli etika. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengumpul maklumat perkembangan terkini dalam bidang neuro sains dan membincangkan isu-isu neuro etika dari sudut pandang agama. Bagi merealisasikan objektif ini, sebanyak lapan kertas kerja telah dibentangkan.



