Institut Kefahaman Islam Malaysia telah menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Pengharmonian Undang-undang Kajian Undang-undang Bertulis” pada 18-19 November 2015, di Dewan Besar IKIM.
Persidangan dianjurkan dengan objektif untuk menyediakan platform wacana bagi para penyelidik bagi Projek Pengharmonian undang-undang membentangkan aspek-aspek penting dalam kluster berkaitan, mewacanakan konsep Pengharmonian Undang-Undang, membincangkan aspek-aspek penting dalam disiplin undang-undang yang telah dikenalpasti bagi tujuan Projek Kajian Pengharmonian Undang-Undang; dan merumuskan isu-isu berkaitan pengharmonian undang-undang bertulis dalam disiplin undang-undang yang sedang dikaji.
Sebelas kertas kerja telah dibincangkan “Ke Arah Penyelesaian Konflik Antara Akta Kontrak 1950 dan Prinsip-prinsip Syariah”, oleh Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmud (UIAM), ”Ke Arah Penyelesaian Konflik Antara Akta Kontrak 1950 dan Prinsip-prinsip Syariah”, Oleh Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmud (UIAM), “Pengharmonian Definisi Kanak-kanak di Malaysia”, Oleh Prof. Datin Noor Aziah Mohd Awal (UKM), “Harmonisasi Undang-undang Berkaitan Pemelukan Islam”, oleh Prof. Dr. Najibah Mohd. Zin (UIAM), “Matlamat Undang-undang Tort di Malaysia, oleh Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad (UKM), “Undang-undang Timbangtara Malaysia dan Prinsip Islam: Satu Perbandingan”, oleh Prof. Dr. Nora Abdul Hak (UIAM), “Memperkasakan Kanun Tanah Negara Berlandaskan Syariah”,oleh Prof. Madya Dr. Norasiah Mohamad (UIAM), Undang-undang Amanah: Sumbangan Prinsip Islam” oleh Dr. Tajul Aris Ahmad Bustamin (UIAM), “Pengharmonian Hukuman dalam Kanun Keseksaan dengan Perundangan Jenayah Islam: Isu-Isu Terpilih”, oleh Dr. Siti Zubaidah dan Prof. Madya Norbani Md. Badzeri (UM), “Penambahbaikan Undang-undang Prosedur Jenayah Ke arah Pelaksanaan Jenayah Syariah”, oleh Dr. Zulfakar Ramlee (UIAM), “Ruang-ruang Penting Penambahbaikan Undang-undang Keterangan”, oleh Prof. Madya Dr. Ruzman Md. Noor (UM) dan “Pengharmonian Undang-undang di Malaysia: Metodologi, Mekanisme dan Halatuju”, oleh Prof. Madya Dr. Shamragayu A. Aziz (IKIM).