IKIM telahpun menganjurkan Persidangan Meja Bulat Pengurangan Sisa Makanan: Ke Arah Kesepaduan Usaha Bersama pada 15 April 2019 bertempat di Dewan Besar, IKIM.
Persidangan meja bulat ini diadakan untuk memahami usaha-usaha atau program-program yang telah dilaksanakan dalam usaha pengurangan sisa makanan di Malaysia dan seterusnya merangka langkah-langkah baharu yang lebih tersusun dan terancang dalam usaha mengatasi masalah peningkatan sisa makanan di Malaysia.
Diantara objektif persidangan ini diadakan adalah untuk memetakan pelbagai usaha atau program pengurangan sisa makanan yang telah dilaksanakan sehingga kini; untuk menyokong kerjasama pelbagai pihak dalam usaha pengurangan sisa makanan di negara ini dan untuk merangka satu cadangan ke arah menggerakkan usaha bersama dalam program pengurangan sisa makanan di negara ini.

