Institut Kefahaman Islam Malaysia akan menganjurkan Persidangan Meja Bulat “Prinsip & Kaedah Perbezaan Pandangan Dalam Kerangka Ahli Sunnah Wal Jamaah” pada 28 Januari 2016, jam 9.00 pagi, di Dewan Besar IKIM.
Muzakarah dianjurkan dengan matlamat menyorot kepentingan aliran mazhab dan ilmu Islam; melihat kepentingan adab-adab perbezaan pandangan; dan muhasabah amalan talfiq, taqlid dan ijtihad dalam kehidupan semasa.
Muzakarah telah membincangkan tentang ”Perbezaan Pandangan dalam Tradisi Keilmuan Islam: Antara Konsep dan Persepsi” olehEn. Md. Asham bin Ahmad, Felow Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM. ”Prinsip dan kaedah dalam Menangani Perbezaan Mazhab” oleh Dr. Sa’dan bin ManJabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, ”Meraikan Perbezaan Pandangan Mengikut Ahli Sunnah wal Jamaah di Malaysia: Satu Penilaian dari Perspektif Adab” oleh Dr. Mohd Farid bin Mohd Shahran, Felow Kanan / Pengarah, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM dan ”Mencari Kesepakatan dalam Perbezaan: Talfiq, Taqlid dan Ijtihad” olehDr. Ahmad Wifaq Mokhtar Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.