Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) telah menganjurkan program ‘Youth Debate: This House Resolves that Sustaining a Peaceful Malaysia is Based on Tolerance’ pada 22 Novemeber 2019 bertempat di Dewan Besar IKIM.
Dua kumpulan debat yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum daripada Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyampaikan hujah-hujah yang bernas sepanjang sesi perdebatan. Pasukan debat dari Universiti Malaya (UM) telah muncul sebagai Johan dalam pertandingan debat berkenaan manakala pasukan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pula memenangi tempat kedua. Danesh Ram Aggarwal dari Universiti Malaya telah dinobatkan sebagai pendebat terbaik.

Youth Debate “Sustaining A Peaceful Malaysia Is Based on Tolerance” antara Universiti Putra Malaysia (UPM) (kiri) dan Universiti Malaysia (UM) (kanan) sementara Dato’ Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Chairman, Malaysian Competition Commission/Former Court of Appeal Judge sebagai speaker (tengah).

