
Prof Emeritus Tan Sri Dr Mohd Kamal Hassan dilantik sebagai pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), sementara Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sebagai Timbalan Pengerusi IKIM berkuatkuasa 25 Februari 2022.
Majlis penyampaian surat pelantikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Idris Ahmad, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada satu majlis khas di Putrajaya pada 25 Februari 2022.
Pelantikan tersebut berdasarkan ketokohannya sebagai seorang pemikir Islam yang banyak memberikan sumbangan besar kepada dunia akademik, penyelidikan, pendidikan dan pembangunan modal insan serta diiktiraf di peringakat antarabangsa. Gabungan kewibawaan kedua-dua tokoh ini akan menerajui kecemerlangan IKIM, sesuai dengan visi dan misi penubuhannya.