Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan terbesar di dalam Islam. Malah ianya lebih besar daripada sambutan Hari Raya Aidilfitri.Sambutan ini menandakan sempurnanya jemaah Haji mengerjakan ibadah Rukun Islam kelima. Keistimewaan Hari Raya Aidiladha ialah ibadat korban yang memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Bagi mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha, Radio IKIM.fm telah menyusun lapan belas (18) rancangan khas antaranya :
Hayati Aidiladha – Meninjau asal usul Aidiladha dan maknanya kepada kaum Muslimin, serta pengajarannya yang terdapat dalam mengerjakan ibadat haji.
Tafsir Al-Quran – Penyampai rancangan iaitu Haji Zahazan Mohamed akan memilih ayat-ayat Al-Quran berkenaan ibadat haji dan maksudnya.
Ibadat Haji – Ibadat Haji memerlukan kekuatan dan kesabaran. Ini termasuk persediaan rohani dan jasmani. Persedian yang melibatkan hukum syarak perlu difahami dengan jelas. Penerbit rancangan akan bersama tetamu iaitu Mohammad Nidzam Abd. Kadir dalam rancangan ini.
Al-Haj – Setiap orang Muslim akan berusaha untuk menunaikan ibadat haji. Ikuti pengalaman beberapa orang tetamu dalam usaha mereka mengumpul wang untuk menunaikan ibadat haji dan pengalaman seseorang mengerjakan haji seperti persediaan jasmani dan rohani, amalan semasa di Tanah Suci, ujian yang dihadapi dan perasaan setelah selesai mengerjakan haji.
Akikah dan Korban – Memahami perbezaan di antara akikah dan korban. Bilakah akikah dan korban sesuai diamalkan. Apakah tertib yang perlu dipatuhi semasa akikah dan korban disempurnakan.
Adab Menziarah Madinah – Madinah menjadi tempat ziarah semasa mengerjakan ibadat haji dan umrah. Namun, ziarah ke Madinah mempunyai adab-adab yang perlu difahami untuk dijadikan panduan.
Sambutan Aidiladha di Rantau (Bahasa Arab) – Meninjau bagaimana orang-orang Muslim di Timur Tengah menyambut Aidiladha.
Forum Bicara Ad-Deen Aidiladha – Forum siaran mingguan ini bakal membincangan berkenaan korban dalam persoalan yang lebih luas.
Alam Ria Si Kecil – Rancangan untuk kanak-kanak berkisar cerita-cerita mengenai Aidiladha di samping hiburan khas kanak-kanak.
Tell Me More (Bahasa Inggeris) – Menjelaskan ‘Pembersihan Diri’ semasa mengerjakan Haji. Apakah yang harus diamalkan agar memperolehi Haji Mabrur?.
Bersama ini disertakan maklumat dan Jadual bagi rancangan khas Aidiladha IKIM.fm 2007.
Muat turun jadual rancangan sempena Aidiladha bagi tahun 1428h