Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) buat julung kalinya telah menganjurkan bengkel Ethics Teachers’ Training Course (ETTC) dengan kerjasama UNESCO Jakarta dari 7 – 11 November 2016 di Dewan Besar IKIM. ETTC adalah satu inisiatif UNESCO bagi membangunkan kemahiran dan pengetahuan di kalangan ahli akademik di institusi pengajian tinggi/ pusat penyelidikan berkaitan bidang bioetika. Ia adalah kelangsungan dari siri bengkel ETTC yang telah diadakan di beberapa rantau Asia Pasifik sejak tahun 2008 dan ETTC Kuala Lumpur adalah yang pertama dianjurkan di rantau Asia Tenggara hasil kerjasama strategik IKIM dan UNESCO Jakarta.
Majlis perasmian “Roundtable : Ethics Teaching in a Multi-Cultural Context in Conjunction with Ethics Teachers’ Training Course (ETTC)” yang dihadiri oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Mr. Irakli Khodeli, UNESCO, Bioethics Team, Social and Human Sciences Sector, Mr. Imran Abdullah, Setiausaha Bahagian (Sub) Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Tinggi (MOHE) dan YBhg. Dr. Mohd Zaidi Ismail, Timbalan Ketua Pengarah IKIM.