Seminar Halatuju Hiburan dan Lagu Islami telah diadakan buat pertama kalinya di IKIM pada 12 Disember. Objektif seminar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada penggiat-pegngiat seni dan hiburan Islami berhubung dengan konsep hiburan lagu dalam Islam, sejarah dan falsafahnya. Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah menyampaikan ucaptama yang bertajuk “Konsep Hiburan Lagu dan Muzik dalam Islam dan perasmian oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM.
Selain itu seminar ini turut membahaskan isu-isu dan cabaran dalam menghasilkan lagu-lagu berkonsepkan Islami atau ketuhanan di Malaysia serta mengenalpasti halatuju masa depan industri hiburan lagu-lagu Islami di Malaysia. Seminar yang diadakan bersempena Anugerah Nasyid 2017 yang akan diadakan pada 13 Januari 2018 nanti merupakan salah satu usaha IKIM bagi membuka ruang percambahan ilmu, dan mendekatkan kesedaran terhadap realiti yang berlaku dalam industri hiburan lagu dan muzik Islami.
Satu sesi forum yang bertajuk ”Cabaran dan Halatuju Hiburan Lagu Islami di Malaysia” turut diadakan dengan menampilkan penggiat seni tanahair iaitu Puan Hjh Habsah Hassan (Penulis Lirik/ Penulis Skrip) dan Sdr. Hafiz Hamidun (Artis). Seorang lagi ahli panel adalah daripada UiTM iaitu En. Ahmad Farami Abdul Karim. Manakala moderator adalah Sdr. Mohammad Suffian Amrin (Juruhebah IKIM.fm/ Artis).

Ucapan perasmian oleh Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan ketika menyampaikan ucaptama.

Pn. Hajjah Habsah Hassan (Penulis Lirik/Penulis Skrip)

En, Hafiz Hamidun (artis)

Dr. Mohd Farid Mohd Shahran, Pengarah Pusat Syariah Undang-Undang dan Politik (SYARAK)

Turut hadir adalah para artis nasyid