Satu sidang media berkenaan Anugerah Nasyid 2017 dan Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 telah diadakan pada 12 Disember di IKIM. Sidang media turut dihadiri oleh para finalis AN17. Program hasil kerjasama NBOS, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Alhijrah) ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada penggiat industri dari kalangan pencipta lagu, penulis lirik, penyanyi dan lain-lain pihak yang terlibat dalam penghasilan karya mereka. Lagu-lagu nasyid yang dipertandingkan tidak hanya menampilkan genre nasyid semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada lagu yang bertemakan ketuhanan dan kemanusiaan.
Sebanyak 11 kategori anugerah dipertandingkan iaitu Juara, Naib Juara dan Ketiga Anugerah Nasyid 2017. Anugerah lain ialah lirik, vokal, pesembahan, artis baharu, muzik video, lagu pilihan, artis solo pilihan dan artis duo/berkumpulan pilihan. Turut hadir semasa sidang media tersebut ialah Dr. Abu Bakar Sarpon, Ketua Pegawai Operasi TV Al-Hijrah.

Sidang Media Anugerah Nasyid 2017 & Karnival Mahabbah IKIM Selangor 2018 bersama Datuk Prof. Dr. Azizan Baharuddin, Ketua Pengarah IKIM, Dr. Nik Roskiman Abdul Samad, Pengarah Pusat Media IKIM dan Dr. Abu Bakar Sarpon, Ketua Pegawai Operasi TV Al-Hijrah

Pengacara majlis, Faiz Hj. Othman

Salah seorang wakil media bertanyakan soalan

Daqmee turut memberikan persembahan pada majlis tersebut.

Para finalis AN17